Rekabentuk, rekacipta, rekaan artistik, latarhias, tatahias, tatacahaya, seni rupa, kostum; banyak lagi penamaan dan terminologi muncul dalam arena seni persembahan untuk menerangkan rekaan visual yang dapat dilihat dalam produksi seni persembahan seperti teater, tari, muzikal dan muzik. Sinografi adalah merupakan terminologi yang tepat untuk digunakan sebagai mewakili keseluruhan bentuk seni visual yang dapat dilihat dalam sesebuah produksi ini iaitu rekaan pentas dan kostum, pencahayaan, susunatur ruang lakon, penggunaan ruang untuk aktor termasuklah persekitaran rekabentuk dalaman sesebuah panggung: apa saja kesan visual yang dapat dilihat di dalam panggung tersebut. Kepentingan sinografi boleh dianggap sama setara dengan teks: bila dialog mencipta seni percakapan dan tingkahlaku di pentas, sinografi mencipta seni visualnya. Sinografi mengingatkan bahawa perkataan yang lahir dari sesebuah teks tidak cukup untuk menghuraikan dengan sempurna makna sesebuah persembahan. Terminologi ini sudah digunakan di Benua Eropah dan Amerika sejak tahun 1800 lagi. Sejak kewujudan teater di zaman Greek dan seterusnya, ke zaman Renaisance pakar sinografi telah berlumba-lumba merekacipta visual untuk memantapkan sesebuah pementasan teater.
Sinografer
Boleh dikatakan sebagai seorang arkitek selain dari pelukis. Beliau bukan sahaja mengambil berat tentang ruang pentas tetapi perkaitannya dengan ruang panggung keseluruhannya, bukan setakat membina dan mengecat set tetapi juga bunyi dan cahaya termasuk projeksi, bukan sahaja set yang statik tetapi berpotensi untuk digerakkan. Sinografer juga perlu mengambil perhatian tentang kemudahan dan teknologi terkini. Ini akan menjadikan sinografinya lebih ekspresif dan bertindak balas semana mungkin dengan kehendak naskah dan pengarah.
Josef Svoboda
Sinografer yang terkenal dalam perkembangan seni rekaan pentas, terutama pementasan yang menggunakan elemen multimedia. Lahir di Czechoslovakia pada 10 Mei 1920 dan terdidik sebagai seorang arkitek, kemudiannya dilantik sebagai Sinografer di Nasional Theatre di Prague pada tahun 1950an. Sejak itu, beliau terus mencuba pelbagai ekperimentasi dengan menggunakan bahan-bahan berteknologi dalam sinografinya. Beliau telah mencipta ruang persembahan yang begitu dinamik yang boleh ditukar dari masa ke semasa.
Ada beberapa projek persembahan yang dibuat oleh Josef menggunakan kombinasi di antara filem dan imejan litar tertutup disamping lakonan secara langsung di atas pentas. Di antara produksi yang cemerlang dilakukan oleh beliau adalah opera Luigi Nonno iaitu Intolorenza di Boston. Di samping persembahan aktor secara langsung di pentas, pada masa yang sama telah berlakunya persembahan secara rakaman di studio, persembahan secara rakaman di studio telah di pancarkan ke pentas yang jauhnya lebih dari 3 kilometer, pancaran telah dibuat melalui projeksi ke atas pentas.
“When I sit alone in a theatre and gaze into the dark space of its empty stage, I’m frequently seized by fear that this time I won’t manage to penetrate it, and I always hope that this fear will never desert me. Without an unending search for the key to the secret of creativity, there is no creation. It’s necessary always to begin again. And that is beautiful.” - Josef Svoboda.
Antara produksi yang dibuat oleh Josef berdasarkan penyatuan filem dan pentas termasuklah:
a. Insect Comedy (Czech National Theatre, 1946)
b. Rusalka (Teatro Le Fenice, Vanice, 1958)
c. LaSonambula (National Ballet, Amsterdem, 1964)
d. The Storm (National Theatre, London, 1966) dll.
Rekabentuk dan Binaan Set
Pementasan teater merangkumi beberapa cabang seni lain seperti seni rupa, seni muzik, seni suara dan seni tari. Dari aspek seni rupa, pementasan teater dibantu oleh rekaan dan binaan set, tatacahaya, kostum dan unsur-unsur teknikal lain yang member sumbangan kepada kesan visual serta bermakna untuk mengukuhkan lagi persembahan.
Oleh itu, peranan pereka set amat penting. Dai harus bekerja dengan pengarah atau pengarah artistik untuk menjayakan sesuatu persembahan supaya mencapai matlamat yang diinginkan pengarah. Biasanya teater menggunakan pentas sebagai ruang lakon. Untuk menjadikan gerak lakon berkesan ianya dibantu set sebagai latar hias yang dihasilkan oleh seorang atau satu pasukan pereka, untuk menjadi elemen visual yang mempunyai peranan penting dalam meningkatkan kesan estetika bagi sesuatu pementasan.
Peranan dan persediaan sebagai pereka set.
Seorang pereka set perlu memahami unsur-unsur seni yang terdapat dalam teater. Dengan adanya kefahaman ini maka pereka set akan memahami bentuk pementasan yang dicadangkan. Seterusnya dapatlah dia menghasilkan rekaan dan menyelia binaan set yang betetapan dengan kehendak pengarah produksi.
Sebagai seorang pereka yang bijak maka beberapa persoalan mesti bermain dalam fikirannya tentang sesuatu rekaan, antaranya ialah:
a) Adakah aku suka menceraikan bahagian-bahagian dari sesuatu benda dan melihat apa yang menjadikannya berfungsi?
b) Dapatkah aku temui sebabnya apabila sesuatu tidak berfungsi dengan betul dan adakah aku berupaya untuk memperbaikinya?
c) Adakah aku mengambil berat tentang keperluan sesuatu rekaan agar bersesuaian dengan matlamat produksi?
d) Adakah aku suka melukis gambar untuk menjelaskan lagi kata-kataku?
e) Adakah aku suka membuat model yang berkaitan?
f) Adakah aku suka memikirkan tentang meletakkan benda-benda yang sama dengan cara baru?
g) Adakah aku mahu membiarkan sesuatu yang sudah cukup baik begitu sahaja?
Tanggungjawab pereka set
Pereka set bertanggungjawab untuk mengolah dan merialisasikan gambaran-gambaran yang diperolehinya melalui pembacaan skrip atau perbincangan dengan pengarah teater. Seterusnya dia menterjemahkan gambaran-gambaran tersebut kepada lakaran-lakaran yang akan dibentuk menjadi reality di ruang pementasan. Hasil rekaan set bukan sahaja dapat dinikmati dari aspek artistiknya oleh penonton, tetapi yang lebih penting supaya menjadikan ianya lebih berkesan dan mantap dari segi kelancaran gerak lakon dan menyempurnakan penyampaian makna dan falsafah persembahan.
Pereka set bertanggungjawab terhadap kerja-kerja yang berkaitan dengan rekaan pentas bermula dari peringkat-peringkat pra-produksi, produksi dan pasca produksi. Tidak kira seringkas mana sesuatu set yang diperlukan. Setiap set pentas bermula dengan lakaran yang harus dipersetujui oleh pengarah produksi atau pengarah artistik bagi memastikan objektif pementasan dapat dipaparkan melalui set yang dicadangkan.
Perkara yang perlu diambil kira oleh seorang pereka set:
a) Ukuran saiz sesuatu ruang pentas (luas dan tinggi)
b) Kedudukan pintu keluar masuk pentas
c) Kedudukan tangga pentas
d) Jarak pentas dengan ruang duduk penonton
e) Jarak antara ruang pencahayaan dari posisi kepala pelakon
Hal ini penting bagi menjamin keselamatan manusia dan praktikal demi kelancaran pementasan.


Scenes for The Seagull by Anton P. Chekhov, Atelier Theatral Louvaine-la-Neuve, 1988, Armand Delcampe, director; two color photos, 15¾“ x 23 2/3" each

Scenes for Tristan and Isolde by Richard Wagner, Grand Theatre, Geneva, 1978, Jean-Claude Riber, director; two color photos, 19¾“ x 27½“ and 15¾“ x 19¾“